Skip to main content

Selebriti

Telinga Cedera, Suzie Pinky Didakwa Ditetak Anak Kandung Sendiri – "Darah Dah Keluar Memancut-Mancut"

Datin Suzie Pinky

Tular sebuah video memaparkan pencipta kandungan, Datin Suzie Pinky dalam keadaan cedera selepas didakwa ditetak oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Abi Celow.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, Suzie atau nama sebenar Roziana Yaakob dilihat menahan kesakitan akibat kecederaan pada bahagian telinga.

Dalam video berdurasi dua minit itu, Suzie yang berpakaian serba pink mempamerkan kesan luka di sebuah lokasi dipercayai hospital, sambil kedengaran tangisannya yang teresak-esak.

"Tengok darah dah keluar sampai memancut-mancut. Darah tak berhenti keluar," katanya.

Menurut sumber lain, Abi didakwa menetak telinga ibunya serta membaling cawan ke arah dada.

Pihak berkuasa turut difahamkan memasuki kediaman berkenaan sebelum mengheret suspek ke balai polis.

Suzie dilaporkan menerima lima jahitan pada telinga, manakala ada dakwaan mengatakan anaknya mengalami gangguan mental.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaan Suzie, yang dianggap sebaya dengan ibu mereka.

"Ya Allah sakitnya, kesian tatin kita.

"Tak kisah la macam mana pun. Tatin ni sebaya mak kita. Sedihnya.

"Ya Allah kesiannya. Semoga cepat sembuh tatin.

"Allahuakbar, kadang kesian tengok datin ni. Semoga baik-baik sahaja selepas ni.

"Allahu, moga datin cepat sembuh," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement