Skip to main content

Selebriti

Terbangkan Keluarga Pembantu Rumah Ke KL, Intan Najuwa Nafi Sambut Krismas - "Bukannya Aku Terkinja Sambut Sekali..."

Intan Najuwa

Sekilas

  • Intan Najuwa menafikan dakwaan bahawa dia menyambut Krismas dan menjelaskan tujuan membawa keluarga pembantu rumahnya dari Filipina adalah untuk membolehkan mereka sambut Krismas bersama.
  • Intan menegaskan dia tidak menyertai perayaan tersebut, sebaliknya hanya mahu menyatukan keluarga pembantu rumah yang sudah lama tidak berjumpa.
  • Netizen memberi sokongan dan terhibur dengan penggunaan perkataan 'badigol' oleh Intan dalam penjelasannya di media sosial.

Pelakon, Intan Najuwa menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dirinya menyambut hari ambutan krismas.

Menerusi perkongsian di Threads, Intan menjelaskan bahawa tujuan dia terbangkan keluarga pembantu rumah dari Filipina adalah supaya mereka dapat menyambut krismas Bersama.

"Dah agak mesti ada komen badigol. Saya tak sambut krismas. Pembantu rumah saya ialah Kristian, jadi saya terbangkan keluarga dia ke Kuala Lumpur untuk mereka sambut krismas bersama," tulisnya.

Dalam masa sama, aktres Kekasih Paksa Rela itu turut berkata bahawa bukanlah niat dia untuk turut serta dalam perayaan tersebut, namun hanyalah untuk menyatukan keluarga mereka yang sekian lama tidak berjumpa.

"Bukannya aku sekali terkinja sambut sekali dengan diorang. Niat hanya untuk menyatukan keluarga mereka yang dah lama tidak berjumpa sahaja," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Intan dan ada juga yang terhibur dengan pengunaan perkataan Intan iaitu 'Badigol'.

"Semoga berkati hati baik Intan. Abaikan mereka.

"Beruntung majikan dapat majikan yang baik. Semoga yang baik-baik sahaja untuk keluarga datin.

"Lama tak guna perkataan Badigol.

"Terserlah Johor badigol," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement