Skip to main content

Selebriti

Transformasi Jadi Jin Torsim Ambil Masa 4 Jam, Amir Nafis Akui Paling Lama Sepanjang Karier - "Saya Paling Awal & Terakhir Yang Pulang"

WhatsApp Image 2026 04 06 at 1.34.11 PM

Sekilas

  • Amir Nafis menjalani proses solekan selama empat jam untuk watak jin Torsim dalam filem Mikael: Pemburu Dua Alam bagi memastikan penampilan yang tepat.
  • Proses solekan yang biasanya mengambil masa sehingga enam jam dapat disiapkan lebih cepat berkat kepakaran jurusolek Ella Sandera.
  • Filem arahan Zahir Omar ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 April dan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak dan Norreen Iman.

Demi menghidupkan watak jin Torsim dalam filem terbaharu Mikael: Pemburu Dua Alam, pelakon Amir Nafis sanggup melalui proses solekan yang mengambil masa sehingga empat jam bagi memastikan penampilannya benar-benar menepati karakter tersebut.

Menurut Amir, pengalaman itu merupakan antara proses solekan paling lama pernah dilaluinya, malah dia juga menjadi individu terawal hadir dan terakhir meninggalkan lokasi penggambaran.

"Saya kena datang 4 jam sebelum penggambaran bermula dan memerlukan empat jam juga untuk menanggalkan solekan tersebut. Saya paling awal dan terakhir yang pulang.

"Sebenarnya, untuk solekan seperti itu, tempoh empat jam boleh dianggap agak cepat. Mungkin kerana kepakaran jurusolek artis, Ella Sandera,"katanya kepada Gempak.

Amir ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall pada Selasa lepas.

Dalam masa sama, Amir turut memuji jurusoleknya yang berjaya menyiapkan solekan dalam tempoh lebih singkat berbanding kebiasaan, memandangkan solekan seperti itu kebiasaannya boleh mengambil masa sehingga enam jam.

"Dia mampu menyiapkan solekan sebagai watak Penguasa Jin dalam tempoh singkat. Selalunya dalam enam jam juga boleh siap "

"Dengan sentuhan solekannya, saya terus dapat 'masuk' ke dalam karakter dan melakukan apa yang diperlukan oleh watak terbabit," katanya.

Filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan kejam sebelum menyedari ia ada kaitan dengan makhluk dari alam jin.

Siasatan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan dengan Raja Jin demi menjaga keseimbangan antara dua dunia.

Mikael: Pemburu Dua Alam akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April.

Selain Amir, filem ini turut dibintangi Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement