Sekilas
- Momen perkahwinan bertukar pilu apabila bapa saudara pengantin lelaki meninggal dunia di lokasi majlis sebelum sempat mengesahkan akad nikah.
- Jurugambar yang merakam kejadian itu berkongsi pengalaman sedihnya di Threads, menyifatkan ia sebagai hari paling menyedihkan sepanjang kerjayanya.
- Video dan gambar suasana majlis serta arwah yang ditutupi kain turut dikongsi sebagai kenangan dan penghormatan terakhir.
Momen yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat pasangan pengantin bertukar menjadi duka apabila bapa saudara pengantin lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna berkata kejadian itu menjadi antara pengalaman paling menyedihkan sepanjang kerjayanya sebagai jurugambar.
Menurutnya, bapa saudara pengantin lelaki yang merupakan saksi akad nikah meninggal dunia sebelum sempat mengesahkan akad berkenaan.
"Selama jadi photographer, hari ini hari yang paling sedih. Saksi pengantin lelaki meninggal sebelum sempat nak sahkan akad pengantin lelaki. Allahu.
"Momen yang mulanya gembira sekelip mata bertukar jadi hiba dan sedih.
"Semoga pak cik pengantin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah," tulisnya.
Dalam hantaran sama, lelaki tersebut turut berkongsi video suasana majlis berkenaan serta gambar arwah yang terbaring sambil ditutupi kain.