Skip to main content

Selebriti

Tular Foto Bersama Jejaka, Bekas Isteri Pertama Datuk Red Temui Pegganti? - "Semoga Menjadi..."

Datuk rwd

Bekas isteri pertama Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila mencuri tumpuan selepas memuat naik foto bersama seorang lelaki di dalam sebuah kereta.

Menerusi perkongsian di Threads, Syarifah  berdoa agar urusan dia dan lelaki berkenaan dipermudahkan pada tahun hadapan sambil menggunakan 'hashtag' menuju halal. 

Perkara tersebut sekali gus menguatkan spekulasi ramai bahawa pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 

"Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Team 2026.

"Semoga bismillah menjadi alhamdulillah #menujuhalal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut serta berpendapat bahawa Syarifah juga berhak untuk mendapat kebahagian tersendiri.

"Abang jaga kakak online kesayangan kami elok-elok.

"Alhamdulillah, awak berhak bahagia.

"Kak Pila berhak bahagia. Jaga kak Pila baik-baik tau.

"Alhamdulillah, semoga berkekalan hingga ke syurga," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement