Skip to main content

Selebriti

Tunjuk 'Pregnancy Test', Jasmin Sopeah Hamil Anak Kedua?

Jasmin sopeah

Sekilas

  • Jasmine Sopeah berkongsi berita kehamilan anak keduanya melalui foto anak sulungnya, Faleeq, yang memegang alat pengesan kehamilan.
  • Jasmine mengumumkan bahawa Faleeq akan menjadi abang pada tahun 2026, menarik perhatian dan ucapan tahniah daripada netizen serta rakan pempengaruh.
  • Jasmine sebelum ini berkahwin dengan Muhd Fakha dan mempunyai seorang anak, Faleeq, namun mereka bercerai pada tahun 2024.

Personaliti media sosial, Jasmine Sopeah mencuri perhatian selepas memuat naik foto anak kesayangannya, Faleeq yang sedang memegang alat pengesan kehamilan.

Menerusi perkongsian di Threads, Jasmin berkongsi berita baik bahawa Aleeq bakal bergelar abang, sekali gus mengejutkan orang ramai mengenai  kehamilan anak keduanya.

"Tahu-tahu 2026 Aleeq jadi abang dah," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan pempengaruh turut meluahkan rasa gembira mereka sambil mengucapkan tahniah pada Jasmin.

"Mashaallah, Alhamdulillah Tahniah.

"Sempoi je cara umumkan kehamilan.

"Tahniah Min sayang.

"Wah Tahniah," komen mereka.

Terdahulu, Jasmine selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Hafiz.

Sekadar info, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh Muhd Fakha pada Mei 2022.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.


Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.

Must-Watch Video

Advertisement