Skip to main content

Viral

Urat Di Dahi Tanda Meninggal Dunia? Ini Jawapannya - “Kita Kena ‘Take Note’ Supaya…”

Urat Di Dahi Tanda Meninggal Dunia? Ini Jawapannya - “Kita Kena ‘Take Note’ Supaya…”

Sekilas

  • Yasin Yunaris dari TikTok menegaskan kematian berlaku apabila ajal tiba, bukan disebabkan petanda seperti urat di dahi.
  • Beliau mengingatkan agar kepercayaan terhadap petanda sebegini tidak menjejaskan akidah dan ajaran Islam.
  • Yasin turut mendoakan agar roh wanita yang meninggal dunia selepas tular kisah urat di dahi ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Seorang individu yang dikenali dengan username Yasin Yunaris di TikTok tampil mengulas mengenai dakwaan urat di dahi menjadi petanda seseorang bakal meninggal dunia.

Ia susulan kisah seorang wanita yang meninggal dunia selepas hantaran mengenai urat di dahinya tular di media sosial, baru-baru ini.

Advertisement

Mengulas mengenai perkara itu, Yasin berkata kematian berlaku apabila ajal seseorang telah tiba dan bukan disebabkan mana-mana petanda termasuklah keadaan urat di dahi.

Menurutnya, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana bimbang kepercayaan terhadap petanda sedemikian boleh menjejaskan akidah seseorang.

“Kita kena perhatikan satu perkara. Allah pernah berfirman dalam Surah Al-A’raf: 34, berkata bila datang ajal, ia tidak akan awal atau lambat sesaat.

Advertisement

“Kematian disebabkan ajal dan bukannya sebab urat atau kawan kita tiba-tiba tak bersembang dengan kita ataupun kelakuan dia lain daripada hari sebelumnya.

“Sebenarnya ada sahaja kenalan kita meninggal tanpa petanda itu semua. Ini yang kita kena take note supaya akidah kita tak lari dari ajaran yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Yasin turut mendoakan agar roh wanita berkenaan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta segala urusannya dipermudahkan.

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Meninggal pada hari yang mulia. Semoga dosa diampunkan dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang wanita di Threads bertanyakan soalan terbuka mengenai maksud di sebalik kesan urat yang kelihatan pada dahinya.

Perkongsian tersebut kemudian menerima komen daripada seorang individu yang mendakwa keadaan itu merupakan tanda seseorang bakal meninggal dunia.

Wanita berkenaan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas perkongsian itu dibuat, sekali gus menyebabkan orang ramai mula mengaitkan kematiannya dengan dakwaan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement