Skip to main content

Selebriti

Usaha Memasak Dipertikai, Intan Najuwa Mohon Jangan Pandang Rendah - "Saya Memang Ramai Pembantu Rumah Tetapi..."

intan najuwa masakan

Sekilas

  • Intan Najuwa berkongsi rasa terkilan apabila ramai wanita memandang rendah usaha masakannya hanya kerana dia mempunyai pembantu dapur.
  • Dia mengakui ada bantuan di dapur tetapi tidak pernah menilai mereka yang tidak memasak sendiri kerana faham kepenatan kerja dapur.
  • Intan memohon agar orang ramai tidak mempertikaikan usahanya kerana dia tetap berusaha menjadi isteri dan ahli keluarga yang baik.

Pelakon, Intan Najuwa meluahkan rasa terkilan selepas membaca ruangan komen di perkongsian seorang netizen mengenai usaha masakannya.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid berkata ramai Wanita  yang memandang rendah pada usahanya hanya kerana dia mempunyai ramai pembantu di dapur.

"Baca komen dekat bawah ini semua, ramai wanita yang memandang rendah pada saya hanya sebab saya mempunyai ramai pembantu dapur," tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mengakui dia sememangnya mempunyai bantuan, namun tidak pernah sesekali menilai individu yang tidak memasak sendiri kerana memhami kepenatan dan kegigihan di dapur.

"Ya, saya memang ada bantuan tapi saya tak pernah menilai orang yang tak masak di rumah sebab saya tahu memasak memang penat sebab nak kemas dan masak sendiri," ujarnya.

Dalam masa sama, Intan turut memohon agar orang ramai tidak mempertikaikan usahanya kerana dia masih berusaha menjadi isteri yang baik buat suami dan keluarganya.

"Tetapi tolong jangan cakap perkara seperti 'tiada lah usaha mana'. Walaupun perkara itu kecil tetapi ia masih usaha seorang wanita buat suami dan keluarganya. Semua orang ada usaha masing-masing. Saya tak buang usaha itu hanya sebab saya ada bantuan," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement