Skip to main content

Selebriti

Uyaina Arshad Terkilan Gambar & Video Digunakan Untuk Promosi Produk Tanpa Izin – “Kalau Tak Kongsi, Kata Saya 'Gatekeep'”

Uyaina Arshad affiliate

Sekilas

  • Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa kerana ada individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan tangkap layar perkongsiannya untuk promosi produk affiliate tanpa kebenaran.
  • Lebih mengejutkan, ada yang menyalah guna gambar dan video Uyaina dengan meletakkan pautan produk mereka seolah-olah endorsement rasmi.
  • Netizen turut menyokong kenyataan Uyaina dan menegur amalan penyalahgunaan video selebriti terutama di platform seperti Shopee.

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa kurang senang apabila sesetengah individu mengambil kesempatan daripada perkongsiannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina menjelaskan bahawa individu berkenaan menangkap tangkap layar perkongsiannya dan menggunakannya untuk mempromosikan produk 'affiliate' mereka.

“Hampir semua benda yang saya kongsikan, sama ada tips, produk atau apa saja yang saya rasa bagus, ada segelintir orang yang ambil kesempatan. Mereka 'screenshot', kemudian guna perkongsian saya untuk promosikan produk 'affiliate' mereka," tulisnya.

Lebih mengejutkan, Uyaina berkata ada juga yang menyalah guna gambar dan video dirinya sambil meletakkan pautan produk mereka untuk dijadikan bahan 'endorsement'.

"Kalau saya tak kongsi, kata saya 'gatekeep'. Bila kongsi, terus jadikan 'endorsement' untuk jual balik produk dengan pautan mereka. Ada yang siap guna gambar dan video saya. Berkat ke tu," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Uyaina dan mendakwa platform seperti Shopee antara yang paling ramai penjual menyalahgunakan video perkongsian selebriti.

“Betul, kat Shopee pun banyak keluar video 'treadmill' itu.

“Video tu dari mana entah, tapi semua letak link sendiri. Usaha sendiri tiada tetapi ambil kandungan artis.

“Kadang susah nak percaya 'affiliate' ini. Bukan tak mahu sokong tapi tiada kesahihan.

"Masalahnya dah jadi trend kat shopee untuk ambil mana-mana video artis kemudian letak link mereka, komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement