Skip to main content

Selebriti

"Walaupun Kita Orang Islam, Kena Juga Selamatkan" - Aliff Syukri Kongsi Detik Sedih Temui Anak Anjing Mati & Lemah Di Hutan

Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Aliff Syukri berkongsi video menyayat hati tentang beberapa anak anjing terbiar yang ditemui di kawasan hutan.
  • Walaupun beragama Islam dan tidak boleh menyentuh anjing, Aliff tetap merasa bertanggungjawab untuk membantu haiwan tersebut yang dalam keadaan lemah dan ada yang sudah mati.
  • Tindakan mulia Aliff mendapat pujian dan doa daripada netizen di ruangan komen atas usaha menyelamatkan anak anjing itu.

Ushawan sensasi, Datuk Aliff Syukri berkongsi sebuah video menyayat hati apabila menemukan beberapa ekor anak anjing terbiar di kawasan hutan.

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa haiwan tersebut sambil berkongsi keadaan anak-anak anjing tersebut.

"Kesian bila tengok haiwan macam ni, tak kisah lah anjing ke kucing. Kita sebagai manusia kena selamatkan, sebab mak dia tak tahu pergi mana tinggalkan anak ia macam ni. Satu ekor dah mati, lagi dua dah lemah dan tak nak tinggalkan saudara yang dah mati," tulisnya.

Dalam masa sama, Aliff menjelaskan meskipun dirinya beragama Islam dan tidak boleh menyentuh anjing, dia tetap menganggap ia sebagai tanggungjawab untuk membantu makhluk tidak berdosa itu.

"Saya nampak anjing kebuluran di sana, anjing tu dah mati. Kesian saya tengok. Ibu dia tinggalkan, yang mati tu sebab kena patuk ular. Walaupun dia anjing dan kita orang islam tak boleh pegang dia, tapi kita kena juga selamatkan sebab dia takde dosa. Kesian kat dia kalau kita biarkan," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan mulia Aliff serta mendoakan agar tuhan membalas segala kebaikan yang telah dilakukannya.

"Terima kasih datuk kerana telah selamatkan haiwan kecil itu.

"Datuk memang terbaik.

"Semoga tuhan merahmati mu sentiasa papa.

"Terima kasih kerana menyelamatkannya," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement