Skip to main content

Berita

Wanita Gigit Pramugari Gara-Gara…

Wanita Gigit Pramugari Gara-Gara…

Sekilas

  • Seorang wanita penumpang kelas pertama United Airlines didakwa menggigit beberapa pramugari selepas tidak dibenarkan minum lebih banyak minuman keras.
  • Wanita itu dilaporkan mabuk dan bertindak agresif termasuk cuba membuka pintu belakang pesawat semasa penerbangan dari Milan ke Newark.
  • Penerbangan tersebut terpaksa dialihkan dan wanita itu ditahan selepas penumpang lain membantu mengawal situasi yang semakin tidak terkawal.
Advertisement

Seorang wanita yang juga penumpang kelas pertama penerbangan United Airlines didakwa tergamak menggigit beberapa pramugari.

Menurut People, wanita itu sedang melancong dan mengambil beberapa minuman beralkohol sepanjang penerbangan itu.

Advertisement

Dia yang kelihatan mabuk kemudiannya didakwa bertindak agresif apabila pramugari dilaporkan tidak mahu menghidangkan lebih banyak minuman keras kepadanya.

Lebih teruk, wanita berkenaan juga didakwa cuba menghampiri pintu belakang pesawat dan dilihat seakan berniat untuk membukanya.

Melihat kejadian itu, kru kabin memutuskan bahawa wanita berkenaan perlu ditahan  namun dia didakwa telah meronta dan melawan usaha untuk mengenakan alat penahan ke atasnya.

Melihat dia semakin agresif, penumpang lain kemudiannya menahannya, yang disifatkan sebagai aktif menendang dan cuba menggigit.

Penerbangan UA18 dari Milan ke Newark itu juga dilencongkan bagi menurunkan wanita berkenana.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement