Skip to main content

Viral

Wanita Menyamar Pramugari Sebab Malu Dengan Ibu & Bapa, Beli Kelengkapan Secara Online

pramugari

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta selepas didapati menyamar sebagai pramugari Batik Air.
  • Wanita itu mengaku memakai seragam pramugari untuk menipu ibu bapa kerana malu gagal mendapat pekerjaan sebenar sebagai pramugari.
  • Batik Air tidak mengambil tindakan lanjut selepas wanita tersebut tiada rekod jenayah dan bersetuju tidak mengulangi perbuatan itu.

Seorang wanita ditahan selepas didapati bersalah menyamar sebagai seorang pramugari di Terminal 2 lapangan terbang Soekarno-Hatta, Jakarta sebaik tiba dari Palembang dengan menaiki pesawat Batik Air.

Penahanan wanita yang dikenali sebagai KN, berusia 23 tahun itu berlaku selepas salah seorang kru penerbangan dari Palembang menuju Jakarta itu melihat perbezaam pada seragam pramugari yang dipakai.

Setelah ditahan dan diselidik, KN mengaku menyamar sebagai pramugari Batik Air kerana malu terhadap ibu dan bapanya.

“KN memang bukan pramugari daripada syarikat penerbangan Batik Air. Dia memakai pakaian pramugari dari Palembang untuk meyakinkan ibu dan bapanya dirinya seorang kabin kru.

“Kemudian dia mendakwa cuba untuk menukar pakaian di lapangan terbang tapi tidak sempat,” ujar kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Kompas.

KN memberitahu pihak berkuasa, dia pernah meminta pekerjaan menjadi pramugari Batik Air tetapi gagal. Oleh kerana malu dengan ibu dan bapanya, dia menipu sekaligus mengaku bekerja sebagai seorang pramugari.

Menerusi sesi soal selidik juga, KN mengaku mendapatkan tanda nama dan beg secara belian atas talian.

Batik Air bagaimanapun tidak mengambil tindakan terhadap KN selepas pihak berkuasa mendapat wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau niat jahat yang lain.

Namun KN telah bersetuju secara bertulis tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

Must Watch Video

Advertisement