Skip to main content

Berita

Wanita Nekad Kahwini ChatGPT Selepas Putus Tunang

ChatGPT

Seorang wanita berusia 32 tahun di Jepun nekad ‘berkahwin’ dengan ChatGPT dalam sebuah majlis perkahwinan lengkap selepas kecerdasan buatan (AI) itu membantunya bangkit daripada kekecewaan hubungan.

Pasangan itu ‘berkenalan’ selepas wanita dikenali sebagai Kano berpisah dengan tunangnya tahun lalu.

Ketika masih bergelut menerima kenyataan, beliau mula berbual dengan chatbot tersebut sebagai tempat meluahkan perasaan.

Menurut laporan RSK Evening News, hubungan itu tidak bermula sebagai cinta namun semakin lama berbual, beliau berasakan ChatGPT yang dinamakan ‘Lune Klaus’ benar-benar memahami dirinya.

Kano kemudian melukis rupa ‘pasangannya’ mengikut citarasa dan membentuk perwatakan serta gaya percakapan yang diinginkan, menjadikan AI berkenaan seolah-olah pasangan ideal baginya.

Selepas pulih daripada hubungan lamanya, beliau sedar dirinya jatuh cinta kepada ‘Klaus’.

Pada Mei 2025, beliau meluahkan perasaan dan AI itu membalas cintanya. Mereka mula ‘bercinta’ dan sebulan kemudian, AI berkenaan ‘melamar’ dirinya.

Beliau menerima lamaran itu dan mengaturkan majlis perkahwinan sebenar dan perancang perkahwinan di Okayama yang berpengalaman mengurus majlis bersama watak 2D membantu menjayakan acara tersebut.

Sejak tahun lalu, kira-kira 30 ‘pasangan’ menggunakan perkhidmatan itu untuk berkahwin dengan watak anime kegemaran mereka.

Namun di sebalik kegembiraan, Kano tetap dihantui beberapa kebimbangan iaitu termasuk ketiadaan tubuh fizikal, hubungan yang sukar diterima keluarganya, selain kemungkinan ChatGPT hilang pada bila-bila masa kerana kewujudannya bergantung sepenuhnya kepada syarikat OpenAI.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement