Skip to main content

Selebriti

"Yang Sorang Menegur Dengan Cara Mengaibkan..Yang Sorang Lagi Cuba Halalkan Benda Yang Haram" - Isa Khan

Isa khan

Sekilas

  • Isa Khan menasihatkan umat Islam supaya menegur dengan cara berhemah tanpa mengaibkan atau memalukan orang secara umum.
  • Beliau menegaskan bahawa yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram, serta menolak usaha menghalalkan perkara salah.
  • Isa Khan juga mengingatkan netizen supaya tidak mengapi-apikan keadaan dan lebih baik diam jika tiada perkara baik untuk dikatakan.

Pelakon, Isa Khan tampil memberi nasihat terbuka mengenai cara menegur seseorang tanpa mengaibkan sesiapa.

Menerusi Threads, dia memohon agar umat islam tidak saling bergaduh salain memberi nasihat untuk mempraktikkan amalan islam dalam menegur seseorang dengan cara yang lebih berhemah.

"Yang seorang itu pun nak menegur, tapi dengan cara mengaibkan orang dan memalukan orang secara umum. 

"Aku rasa islam pun tak ajar umat dia main sembur je orang secara umum macam tu, ada cara yang lebih beradab untuk menegur dan mencegah kemungkaran," tulisnya.

Dalam masa sama, dia turut memberi teguran kepada individu yang cuba menghalalkan perkara yang terang-terang lagi salah di sisi tuhan.

"Seorang lagi pula tak boleh terima kenyataan bahawa yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram. 

"Jangan hanya sebab belum boleh berubah, sampai nak menghalalkan yang haram," ujarnya

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa terkilannya dengan sikap netizen yang suka mengapi-apikan keadaan sambil menasihati agar mereka tidak mencampuri urusan orang lain.

"Netizen pula kerja nak simbah minyak dalam api je, kita patut berdoa untuk dorang supaya berbaik sesama islam. 

"Bukannya nak jadi batu api pula, baik korang diam je kalau tak ada benda baik nak cakap," katanya.


Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement