Pelakon, Yusuf Bahrin memilih untuk berdiam diri terhadap segala spekulasi yang mendakwa wujudnya orang ketiga sebagai punca keretakan rumah tangganya bersama bekas isterinya, iaitu Zizi Kirana.
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Yusuf Bahrin, 34, menegaskan bahawa dia tidak mampu mengawal apa yang diperkatakan oleh orang lain, termasuk segala tuduhan atau persepsi yang dilemparkan terhadap dirinya.
Tambah Yusuf lagi, dia memilih untuk tidak melayan perkara tersebut.
"Perkara ini berbalik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kadang kita nak tegakkan benda yang betul pun orang masih tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi.
"Bagi saya tak payah layan benda ini. Orang akan terus bercakap. Tapi kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Kita tak benci mereka ini, tapi kita benci dengan perbuatannya. Suka bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh jadi fitnah.
"Siapa yang tahu perkara itu betul, tahulah, yang tak tahu teruskan bercakap. Sebab itu saya tak suka beri statement untuk benda-benda macam ini,"katanya.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama ‘Anom Suraya’ di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Perempuan Tidak Ternikah’ menyeru agar semua pihak tidak mudah bercakap mengenai orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar.
"Apa yang saya boleh buat adalah, doakan yang baik-baik. Semoga kita semua dilindungi dari segala fitnah.
"Masing-masing ada aib, saya pun ada aib.Masing-masing kena beringat. Jangan jadi seolah-olah kita ni tak ada aib dan dosa langsung,"ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Yusuf Bahrin memaklumkan bahawa dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjayanya.
"Saya tetap akan cakap, fokus pada kerjaya saya. Saya pun tak mahu ada gangguan pada diri saya."jelasnya.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan sah bercerai dengan talak satu secara raji’e pada 2 April.
Sumber:Oh Bulan