Skip to main content

Selebriti

Zahiril Luah Rasa 'Hilang Minat', Rakan Artis & Peminat Titip Kata-Kata Semangat

Zahiril bosan

Sekilas

  • Pelakon Zahiril Adzim berkongsi di Threads bahawa dia mula hilang minat terhadap perkara yang paling diminatinya sebelum ini tanpa menjelaskan secara terperinci.
  • Pelakon Wan Ahmad turut berkongsi perasaan sama dan berhasrat untuk meneroka bidang baru dalam industri yang sama.
  • Aktres Mira Filzah dan peminat memberikan kata-kata semangat serta nasihat agar Zahiril mengambil masa untuk berehat dan pulih.

Perkongsian pelakon Zahiril Adzim di platform Threads miliknya pada Khamis mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

Menerusi perkongsian di Threads, Zahiril memaklumkan dia mula berasa hilang minat terhadap perkara yang paling diminatinya sebelum ini.

"Saya dah mula hilang minat dengan perkara yang paling saya suka," tulisnya. 

Bagaimanapun, Zahiril tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, pelakon Wan Ahmad turut meluahkan perasaan yang sama, namun dia nekad untuk meneroka perkara baharu dalam bidang yang sama.

"Sama juga. Sekarang ini saya macam nak teroka benda lain tetapi yang pastinya dalma bidang ini,"ujarnya.

Dalam masa sama, aktres Mira Filzah turut menitipkan kata-kata semangat buat Zahiril supaya dia mengambil masa untuk berehat.

"Ambil masa anda. Banyakkan berehat dan kembali semula apabila semuanya baik-baik sahaja,"nasihatnya.

Selain itu, rata-rata peminat turut meluahkan kerisauan sambil memberikan kata-kata dorongan buat pelakon filem Juvana itu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement