Ringkasan AI
- ZUS Coffee berkongsi keadaan terkini kru wanita mereka yang menjadi mangsa insiden dilempar kopi oleh seorang wanita dipercayai bukan warganegara Malaysia.
- Kru tersebut kini sedang mengambil cuti bergaji untuk pulih dan kesejahteraannya menjadi keutamaan ZUS Coffee.
- Jenama kopi itu memohon komuniti dalam talian memadamkan hantaran yang mendedahkan identiti mangsa bagi mengelakkan kesan negatif berpanjangan.
- Netizen memuji tindakan ZUS Coffee yang tidak memecat kru tersebut dan bertindak secara adil dalam menangani insiden itu.
- Video insiden tular menunjukkan pekerja wanita tersebut meminta pelanggan pelancong meninggalkan premis selepas pelanggan itu tidak puas hati dengan perkhidmatan.
Rangkaian jenama kopi popular, ZUS Coffee, tampil berkongsi keadaan terkini salah seorang kru mereka yang menjadi mangsa seorang wanita dipercayai bukan warganegara Malaysia melemparkan secawan kopi kepadanya.
Menurut Zus Coffee, kru wanita tersebut masih bersama Zus dan kini dalam tempoh cuti bergaji untuk pulih daripada insiden berkenaan.
“Zurista yang terlibat kekal bersama kami dan kini sedang mengambil cuti bergaji untuk pulih daripada insiden tersebut. Kesejahteraannya kekal menjadi keutamaan kami.
“Insiden ini memberi kesan kepada kesejahteraan mental. Kami memohon komuniti dalam talian membantu memadamkan hantaran yang mendedahkan identiti, kerana penyebaran berterusan boleh membawa kesan yang nyata dan berpanjangan,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, di media sosial rata-rata netizen memuji tindakan Zus Coffee yang tidak memecat barista tersebut dan bertindak secara adil.
Malah mereka juga menyatakan akan terus memberikan sokongan terhadap jenama kopi tempatan itu.
Berikut merupakan antara komen netizen:


Terdahulu, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pekerja wanita di sebuah premis makanan dan minuman (F&B) dipercayai dikasari oleh pelancong luar negara, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di media sosial, wanita berkenaan dilihat meminta pelanggan tersebut meninggalkan premis selepas pelancong itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatannya.