Skip to main content

Buat Highlight ‘Love’ Biru Untuk Isteri, Fattah Amin Buat Ramai Cair - “Comel Gila…”

Astro Gempak 322

Sekilas

  • Fattah Amin mencipta Instagram highlight khas bertajuk ‘love’ yang memuatkan momen bersama isteri, Amira Othman.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang memuji sisi romantik dan comel pelakon Mat Kilau itu.
  • Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.

Tindakan pelakon Fattah Amin yang mencipta ‘highlight’ khas di Instagram untuk isterinya, Amira Othman meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, dia memuat naik tangkap layar profil Instagram Fattah yang memaparkan highlight bertulis ‘love’ biru yang hanya mengandungi momen bersama Amira.

“Comel lah siot! Fattah buat IG highlight untuk dia dengan Amira. Aku sampai ‘kicking the air, punching my bed’ sebab geram tengok. Comel gila, macam Gen Z pula ‘pakcik’ Fattah ni, hahaha,” tulis pengguna tersebut.

vd

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dan memuji sisi romantik pelakon filem Mat Kilau itu.

“Adore betul dia dengan isteri tercinta.

“Haha dia memang begitu dari dulu. Comel kan… Fatima pun ada juga highlight ‘love’, tapi biasalah Fattah susah nak kongsi gambar atau video. Kita pula suka cuci mata,

“Aku rasa Fattah ni jenis lelaki yang ‘saya tak tahu, apa kata awak ajar saya’, lepas tu Amira pula jenis ‘meh saya ajar’. Comel sangat,” komen beberapa pengguna.

Untuk rekod, Fattah Amin mendirikan rumah tangga dengan Amira Othman pada 14 September tahun lalu.


Sumber: Threads
 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Advertisement