Skip to main content

“Budak Baik, Ikut Saja Kehendak Ibu” - Fauziah Nawi Kongsi Foto Zizan Razak Pakai Pyjamas, Ramai Netizen Terhibur

“Budak Baik, Ikut Saja Kehendak Ibu” - Fauziah Nawi Kongsi Foto Zizan Razak Pakai Pyjamas, Ramai Netizen Terhibur

Sekilas

  • Datuk Fauziah Nawi berkongsi video dan gambar Zizan Razak memakai pakaian tidur di lokasi penggambaran sambil mengusiknya sebagai ‘anak yang baik’.
  • Netizen terhibur dengan gelagat dan hubungan mesra antara Fauziah dan Zizan, serta memuji wajah santai pelakon itu.
  • Zizan baru selesai penggambaran filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada September depan.
Advertisement

Gelagat pelakon Datuk Fauziah Nawi mengusik aktor dan pelawak Zizan Razak ketika di lokasi penggambaran mencuit hati ramai apabila menyifatkan selebriti itu sebagai ‘anak yang baik’.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Fauziah memuat naik video memaparkan dirinya mahu mengambil gambar Zizan yang ketika itu sedang mengenakan pakaian tidur.

Advertisement

 

 “Paksa Zizan Razak ambil gambar dalam pyjamas. Budak baik. Ikut saja kehendak ibu,” tulisnya berseloroh.

 

Dalam satu lagi hantaran, Fauziah berkongsi hasil gambar yang berjaya diambil sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata memuji wajah bersahaja Zizan selain terhibur dengan hubungan akrab antara kedua-dua pelakon tersebut.

“Muka anak baik ni,” komen seorang netizen.

“Comelnya hahahaha,” tulis pengguna lain.

Menerusi perkembangan lain, sekadar info, Zizan telah selesai menjalani penggambaran filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh. 

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September depan. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement