Skip to main content

“Dah Berlambak Influencer Hidup Demi Viral …” - PU Amin

“Dah Berlambak Influencer Hidup Demi Viral …” - PU Amin

Sekilas

  • PU Amin puji Jojo Ghazali kerana menolak tawaran kolabrasi yang cuba mencipta drama murahan untuk naikkan nama.
  • PU Amin tekankan pentingnya prestasi dalam sukan sebagai cara sebenar untuk berjaya tanpa perlu buat content pelik demi populariti.
  • PU Amin ingatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih pempengaruh dan tidak mudah terpengaruh dengan influencer yang hanya mahu viral tanpa fikir baik buruk.
Advertisement

Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memuji tindakan Jaguh Muay Thai Negara, Jojo Ghazali yang mendedahkan tawaran kolabrasi daripada seorang pempengaruh yang cuba mencipta drama murahan bersamanya.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Amin berkata bahawa Jojo tidak memerlukan drama untuk menaikkan dirinya, sebaliknya dia hanya perlu meningkatkan prestasi dalam sukan yang diceburinya.

Advertisement

“Elok la Jojo spill pasal marketing kotor seperti itu. Jiwa atlet dia tidak perlu buat content yang pelik untuk naikkan nama. Nak naik hanya berdasarkan pada prestasi sahaja, bukan buat drama semata nak duit punya cerita,”tulisnya.

Dalam masa sama, PU Amin berpesan agar orang ramai lebih berhati-hati dalam menaikkan nama mana-mana pempengaruh kerana terlalu ramai yang hanya mendambakan populariti tanpa memikirkan baik dan buruk.

“Kita kena bijak angkat pempengaruh. Sekarang ini dah berlambak influencer yang hidup semata-mata nak viral sahaja tanpa fikir buruk baik, halal haram. Aku harap prinsip Jojo ini tetap wujud kat dada kita semua,”ujarnya.

Sebelum ini, Jojo ditawarkan untuk berkolabrai dalam penghasilan kandungan bersama beberapa pempengaruh lain dengan hanya berpura-pura untuk mencetuskan drama tanpa mempromosiak sebarang produk.

Jojo bagaimanapun menyifatkan tawaran bereknaan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya akan membazirkan masa orang ramai.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

JOOLA PROTON SELKIRT sports anti-sweat armband, soft, smooth, absorbent and protects wrist joints

JOOLA PROTON SELKIRT sports anti-sweat armband, soft, smooth, absorbent and protects wrist joints

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Must Watch Video

Advertisement