Skip to main content

Selebriti

Didakwa Dikongkong Ibu, Zaki Yamani Tampil Bersuara - "Saya Sangat Terkilan..."

Didakwa Dikongkong Ibu, Zaki Yamani Tampil Bersuara - "Saya Sangat Terkilan..."

Sekilas

  • Zaki Yamani menafikan dakwaan ibunya mengongkong kehidupannya dan menjelaskan ibunya berperanan sebagai pengurus yang membantu menguruskan kerjaya seninya.
  • Beliau hanya merujuk kepada ibunya dalam situasi baharu seperti isu bercinta untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.
  • Zaki menghargai sokongan ibunya dan menyerahkan sepenuhnya urusan tawaran seni kepada ibunya sebagai pengurus.
Advertisement

Penyanyi, Zaki Yamani menafikan dakwaan  ibunya, Fatimatuzahra Samat yang dipercayai mengongkong kehidupan peribadinya.

Pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata ibunya memainkan peranan penting dalam menguruskan kerjaya seninya memandangkan dia masih baharu dalam industri hiburan.

Advertisement

“Eh, tidak bolehlah kata macam itu. Saya memang perlukan ibu saya. Buat masa sekarang, saya pun masih lagi baru nak menjinakkan diri dalam industri dan baru nak rasa semua benda ini.

“Jadi saya perlukan seseorang untuk membimbing apa yang saya buat. Ibu banyak membantu saya dari segi menguruskan persembahan.

“Dia adalah pengurus saya. Tanpa dia, saya rasa saya tidak akan menyanyi di pentas yang besar dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Zaki berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Hotlink Geng Bijak Berbelanja yang berlangsung di Media Prima, Bangsar pada Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan dia perlu mendapatkan kebenaran ibunya dalam setiap perkara, Zaki menjelaskan dia hanya akan merujuk kepada ibunya apabila berdepan situasi baharu yang belum pernah dilalui.

“Eh bukan. Bukanlah setiap benda kena minta izin. Tetapi ada perkara yang saya tidak pernah buat sebelum ini, contohnya seperti yang sedang dihebahkan sekarang iaitu isu saya bercinta.

“Untuk perkara seperti itu, saya akan tanya ibu apa yang perlu dilakukan sebab saya tidak pernah berkawan rapat dengan perempuan sebelum ini. Saya perlukan seseorang untuk beri nasihat supaya tingkah laku saya tidak terlebih di atas pentas atau di media sosial, supaya tidak nampak pelik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaki mengakui terkilan apabila dakwaan tersebut seolah-olah cuba memburukkan nama baik ibunya.

“Saya sangat terkilan sebab benda itu mencalarkan nama baik ibu saya. Ibu sudah banyak membantu saya dan sekarang ini tanpa dia dan doa-doanya, saya tidak akan berada di sini. Takkan tercipta nama Zaki Yamani.

“Saya perlukan nasihat dia sebab dalam fasa umur 20-an ini kita biasanya suka memberontak. Jadi saya memerlukan sosok seorang ibu untuk menjaga saya,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai urusan tawaran seni, Zaki memaklumkan segala keputusan berkaitan jadual persembahan diserahkan sepenuhnya kepada ibunya selaku pengurus.

“Ibu yang akan tetapkan setiap persembahan. Dia hanya akan beritahu saya yang saya ada tawaran dengan pihak sekian-sekian.

“Tugas saya pula adalah untuk mempersiapkan diri agar sentiasa berada dalam keadaan sedia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zaki merupakan antara selebriti yang terlibat dalam Siri Travelog: Hotlink Geng Bijak Berbelanja yang bakal mula bersiaran pada 29 Julai depan di TV3.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement