Sekilas
- Pempengaruh Aisar Khaled dikecam selepas meletakkan kakinya di celah ruang tempat duduk penumpang lain dalam kapal terbang.
- Aisar memohon maaf atas tindakannya yang dianggap tidak beretika dan menjelaskan dia dalam keadaan keletihan melampau ketika itu.
- Dia berjanji tidak akan mengulangi tingkah laku tersebut pada masa hadapan selepas menerima kritikan netizen.
Tindakan pempengaruh Aisar Khaled meletakkan kakinya di celah ruang tempat duduk penumpang kapal terbang lain mendapat kecaman dan kritikan.
Aisar bagaimanapun tampil memohon maaf atas tindakannya yang dianggap tidak beretika selain menjelaskan dia ketika itu berada dalam keadaan keletihan yang melampau.
“Maaf atas tindakan tidak beretika yang saya lakukan semasa penerbangan ke Malaysia. Saya memang betul-betul keletihan dan serta-merta burn out sebaik sahaja penerbangan berlepas,” katanya.
Pada hantaran yang sama di Threads, Aisar juga berjanji tidak akan mengulangi lagi tingkah laku yang sama.
“Untuk masa hadapan, saya tidak akan mengulangi tingkah laku yang sama lagi. Maaf atas kesulitan ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Aisar yang meletakkan kakinya di celah ruang duduk tempatnya dalam kapal terbang.
Ujarnya lagi, meskipun sudah menegur namun namun teguran tersebut tidak diendahkan malah Aisar juga didakwa beberapa kali kaki pempengaruh itu terkena kerusinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan tersebut selain menyifatkan sedemikian tidak sepatutnya berlaku.
Sumber - Threads