Skip to main content

Drama

Drama ’Pak Su Ammara’ Lakonan Que Haidar & Ummi Nazeera Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

Paksu Ammara

Sekilas

  • Drama terbaru Pak Su Ammara mula bersiaran malam ini di slot Megadrama Astro Ria dan aplikasi Sooka.
  • Drama ini mengangkat kisah poligami dan konflik keluarga yang sudah mencuri perhatian sejak klip promosinya tular di media sosial.
  • Dibarisi pelakon hebat seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, dan Syazwan Zulkifly, drama ini dijangka menjadi fenomena baru dalam slot Megadrama.

Drama terbaru slot Megadrama, Pak Su Ammara, akhirnya bakal menjengah penonton mulai malam ini! 

 

Mengangkat kisah realiti suami yang menuntut hak poligami dan konflik anak yang menghambakan ibubapa, drama ini nyata mencuri perhatian sejak klip promosinya tular di media sosial. 

 

Ramai peminat sudah tidak sabar menantikan episod pertama — ada yang siap buat teori awal tentang watak-wataknya!

 

Dibarisi pelakon hebat seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Zaleha Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Raja Azmi, Shweta Sekhon, Hana Aqeela, Datin Fadilah Mansor, drama ini dijangka menjadi fenomena seterusnya dalam slot Megadrama.

 

Jangan lupa! Pak Su Ammara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria dan juga di aplikasi Sooka untuk strim di mana sahaja.

Must-Watch Video

Advertisement