TEMPATAN
15 Kenderaan Laris Bulan Februari di Jepun, Honda N-BOX Tangga Pertama
Di Jepun senarai pendaftaran kenderaan baharu diumumkan secara bulanan dan untuk Februari lalu empat model mini teratas merekodkan jualan melebihi 10,000 unit.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Februari (2021) bagi kategori kenderaan mini, perubahan ketara boleh dilihat dari segi angka jualan Januari lalu dan volum jualan keseluruhan meningkat. Model mendahului carta atas ialah Honda N-Box Custom. Walaupun menerima kesan kenaikan harga susulan pengenalan naik taraf minor hujung Disember 2020, kereta kompak itu masih kekal di tangga pertama.

Sementara Suzuki Jimny yang sebelum ini dikatakan berdepan masalah tempoh menunggu panjang memerlukan Suzuki bertindak cepat. Jadi pengeluar itu memutuskan pemasangan Jimny Sierra dijalankan di kemudahan Gurgaon, India bagi eksport dan Suzuki dijangkakan dapat menumpukan kepada pengeluaran di Jepun pada masa depan.

Dijangkakan angka jualan Jimny akan melepasi 5,000 dan terus meningkat untuk bulan akan datang. Nissan Roox baharu juga meningkat signifikan sebanyak 2,000 berbanding 8,626 unit pada Januari 2021.
Must-Watch Video