TEMPATAN
7 Unit Honda Edisi Istimewa Jadi Habuan ‘1 Million Dreams Campaign’
Sempena menyambut jualan satu juta unit, Honda Malaysia melancarkan kempen 1 Million Dreams dengan menawarkan hadiah tujuh unit Honda Edisi Istimewa. Tujuh kenderaan Honda itu direka secara istimewa dengan ciri unik yang membabitkan model Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord.
Membezakannya, luarannya dipadankan dengan dua warna, bahagian hadapan dengan kemasan merah, cermin sisi dengan jalur merah, rim hitam kemasan merah, selain dilengkapi dengan logo tandatangan 1 Million Dreams pada dapra kedua-dua sisi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, selama 20 tahun terakhir, Honda Malaysia terus menerus menerapkan Spiriting Challenging.

“Kempen ini adalah inisiatif bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana sokongan kuat mereka,” katanya.

Rakyat Malaysia berpeluang memenangi tujuh model Edisi Istimewa itu hanya dengan menyelesaikan beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan berkenaan. Peserta boleh mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia untuk memperoleh sebanyak mungkin penyertaan dan menghantar penyertaan di wakil penjual sah Honda atau melalui laman web rasmi Honda Malaysia.

Keterangan lanjut, anda boleh melayari laman sesawang honda.com.my/1milliondreams/entry atau berkunjung 102 pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88- 2020.
Must-Watch Video