TEMPATAN
Akhirnya Terjawab! Suzuki FU150 Atau Lebih Dikenali Belang Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
Suzuki Malaysia bakal membawa masuk motosikal berkapasiti rendah terutama bagi model kapcai dan skuter untuk pasaran Malaysia pada hujung tahun ini atau awal 2022.
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia Sdn Bhd , Ahmad Faez Yahya dan Pengarah Dan Pengurus Besar Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Lim dalam sesi siaran langsung menerusi platform media sosial Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, motosikal berkapasiti rendah terutama model Belang dan GSX150 menerima pertanyaan yang sangat popular terhadap pihaknya.
“Sepatutnya kami memperkenalkan ‘semalam’ dan bukan ‘hari ini’, bagaimanapun mengikut perancangan kami motosikal berkapasiti rendah akan berada di pusat pameran pada suku pertama 2022,” katanya.

Pada masa sama, turut mempertontonkan tiga model motosikal berkuasa tinggi membabitkan Suzuki Hayabusa, V-Storm 1050 XT dan GSX-S 1000.

Must-Watch Video