Tersangkut ditengah jalan akibat kerosakan kenderaan menjadi mimpi ngeri yang menyukarkan urusan kerja seharian, atau ketika dalam perjalanan untuk berjumpa yang tersayang.

Kadangkala, akibat kesibukan kita terlupa dan tidak sempat untuk menghantar kereta untuk servis berkala. Aplikasi telefon pintar POMEN, iaitu ekosistem bantuan 24 jam/7 hari seminggu ialah solusi untuk pemandu mendapatkan bantuan dan tempahan dengan bengkel kereta yang berdekatan.


Selepas dua tahun beroperasi sejak 2019, POMEN kini telah dimuat turun oleh lebih 20,000 pengguna telefon pintar. Musim Covid19 dan PKP ternyata membawa cabaran baru buat semua.

Ketua Pegawai Eksekutif POMEN Autodata Sdn Bhd, Syed Zulhilmi Tuan Sharif berkata, pihaknya mendapati selepas PKP1 pada Mac 2020, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50 peratus.

“Ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan servis seperti penukaran bateri dan minyak enjin di rumah apabila kereta tidak digunakan pada masa yang agak lama.


“Dengan aplikasi POMEN, pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa kesesuaian sendiri. ‘Convenience is the key!’, orang ramai lebih mementingkan kemudahan dan keselamatan pada musim PKP,” katanya.

Sehingga kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar di dalam aplikasi POMEN yang bertumpu di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, serta beberapa bandar-bandar besar. Antara servis yang ditawarkan termasuklah perkhidmatan servis kenderaan, penukaran bateri atau jump-start, penukaran tayar serta kerosakan kenderaan.


Jaminan yang diberikan termasuklah mendapatkan perkhidmatan jejak masa nyata, harga telus serta keahlian percuma bagi mengelakkan sebarang insiden penipuan oleh bengkel yang tidak bertauliah.

Dengan penambaikan versi baru aplikasi POMEN pada Mac 2021, pihak nya juga telah bekerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia dimana rangkaian bengkel PETRONAS AutoExpert yang mempunyai sembilan cawangan di Lembah Klang turut menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar aplikasi POMEN.

Aplikasi POMEN boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store dan Apple App Store.