TEMPATAN
Aston Martin Tawar Varian Tertinggi Barisan Vantage Menerusi F1 Edition
Saingan Formula 1 tahun ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang istimewa untuk Aston Martin. Pengeluar kereta sport British itu bukan sahaja akan membuat kemunculan semula selepas lebih 60 tahun, malah salah satu model keluarannya iaitu Vantage juga telah dipilih sebagai kereta keselamatan.
Bagi meraikan peristiwa bersejarah itu, Aston Martin memperkenalkan Vantage F1 Edition yang diletakkan sebagai varian tertinggi dalam barisan Vantage. Ia akan dijual pada tahun ini dengan harga bermula dari £142,000 (RM808,408) bagi pasaran United Kingdom.

Seperti yang boleh dilihat, model ini menampilkan warna hijau Racing Green yang sama seperti jentera AMR21 milik pasukan Aston Martin Cognizant serta kereta keselamatan Vantage. Pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza boleh memilih dua warna lain iaitu Jet Black dan Lunar White. Setiap warna didatangkan dengan jalur Solid Matte Dark Grey.

Vantage F1 Edition bukan sekadar model yang diberikan kit badan dan pilihan warna baharu, ia juga mendapat penambahbaikan teknikal yang serupa dengan versi kereta keselamatan F1 itu.

Bukan itu sahaja, Aston Martin turut menaik taraf transmisi automatik lapan kelajuan, serta sistem suspensi dan stereng bagi menjadikan Vantage senjata litar yang lebih efektif di litar lumba.

Must-Watch Video