TEMPATAN
BMW CE 02, Model Konsep Motosikal Mini Elektrik Yang Boleh Tunggang Sejauh 90km
Selain menawarkan motosikal berkuasa tinggi, BMW Motorrad kini cuba mencari ruang untuk memasuki pasaran jentera dua roda berkapasiti lebih kecil.
Uniknya, syarikat automotif dari Jerman itu bukannya bersaing dalam menghasilkan motosikal menggunakan enjin konvensional, tetapi lebih kepada motor elektrik.

Sekali lihat, ia seakan-akan seperti Honda Grom atau di Malaysia dikenali Honda Monkey. Cuma CE 02 menggunakan motor elektrik yang mana mampu menyalurkan kuasa sehingga 15hp.

Motosikal itu disasarkan kepada golongan muda berumur dari 16 tahun ke atas yang mana tidak mempunyai pengalaman menunggang, tetapi mahu mencuba benda baharu dari segi teknologi pintar.


Kuasa: 15hp
Kelajuan maksimum: 90/j
Jarak tunggangan sekali cas: 90km
Roda: 15 inci
Ketinggian: 730mm
Berat: 120kg
Must-Watch Video