Tempatan

BMW M4 Competition Convertible M xDrive, Jana Kuasa 503hp Dan 650Nm

gempak
Erywan
02/06/2021
02:49 MYT
Sponsor Banner
BMW M4 Competition Convertible M xDrive, Jana Kuasa 503hp Dan 650Nm
BMW memperkembangkan lagi barisan M4 dengan penambahan varian terbaharu iaitu M4 Convertible (G83). Model bumbung terbuka ini bagaimanapun hanya boleh didapati dalam spesifikasi Competition dan didatangkan standard dengan pacuan semua roda M xDrive.
Seperti M4 Coupe dan M3 versi Competition, model ini juga tampil dengan enjin 3.0-liter twin-turbo enam silinder yang menjana kuasa berjumlah 503hp dan 650Nm. Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda oleh transmisi M Steptronic lapan kelajuan dengan teknologi Drivelogic.
Gabungan ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 3.7 saat, iaitu 0.2 saat lebih perlahan berbanding versi Coupe dengan spesifikasi yang sama. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 250km/j, namun dengan pelanggan yang mendapatkan pakej M Driver’s boleh memecut sehingga 280km/j.
Sudah tentu, bumbung fabrik adalah elemen utama ‘soft top’ yang membezakan M4 Competition Convertible dari Coupe. Menurut BMW, ia 40 peratus lebih ringan berbanding bumbung jenis ‘hard top’ M4 Convertible generasi terdahulu. Bumbung ini mengambil masa 18 saat untuk dibuka atau ditutup, dan ini boleh dilakukan ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 50km/j.
Seperti versi Coupe, jentera ini hadir dengan ciri-ciri signatur M seperti jeriji ‘kidney’ yang besar, saluran udara sisi, ‘diffuser’ M yang menempatkan empat corong ekzos serta rim aloi berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang. Pakej M Carbon dan M Performance Parts ditawarkan untuk mendapatkan penampilan yang lebih menonjol.
Sistem M xDrive itu dipadankan dengan Active M Differential bagi tujuan meningkatkan cengkaman. Ia mempunyai tiga mod iaitu 4WD, 4WD Sport dan 2WD untuk pengalaman pemanduan roda belakang yang tulen. Turut disertakan adalah suspensi adaptif, stereng M Servotronic dan cakera brek M Compound.
Di dalam, terdapat tempat duduk M Sport yang dibalut upholsteri kulit Merino serta ciri-ciri kemudahan dan keselesaan lain seperti sistem penyaman udara tiga zon, pencahayaan ambien, BMW Live Cockpit Professional dan pelbagai lagi. Menurut BMW, pelanggan boleh mengurangkan berat jentera mereka sebanyak 25kg dengan memilih pakej M Race Track yang merangkumi brek karbon seramik, tempat duduk karbon dan rim aloi ringan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live