Tempatan
BMW Tawar 300 Unit F 900 R Force Inspirasi Daripada Pesawat Tempur
BMW Perancis memperkenalkan satu varian istimewa F 900 R yang dikatakan meminjam inspirasi daripada pesawat tempur. Hanya 300 unit akan dijual secara eksklusif kepada pelanggan di Perancis.
Dipanggil F 900 R Force, motosikal itu roadster itu didatangkan dalam warna biru (San Marino Blue) dengan kemasan warna kuning floresen ( Fluorescent Yellow). Skim warna itu menyerlahkan lagi rekaan pada sesebuah jet tempur.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-900-force-01_1.jpeg)
Model ini didatangkan dengan fungsi quickshifter, sistem pencahayaan LED penuh, skrin digital TFT bersaiz 6.5 inci dan beberapa mod tunggangan. Tambahan lain ialah fork terbalik USD (upside-down) dan set angkup brek jenama Brembo.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-900-force-02.jpeg)
Kuasa boleh ditingkatkan semula selepas golongan penunggang berjaya tamat tempoh lesen kelas A2. Harga motosikal ini cuma 9,790 Euro (RM48,666) iaitu lebih mahal 900 Euro (RM4,475) berbanding model standard F 900 R.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-900-force-03.jpeg)
Must-Watch Video