Buat pertama kalinya dalam sejarah Formula 1, Aston Martin dilantik sebagai pembekal rasmi kereta keselamatan dan kereta perubatan bagi kejohanan itu. Vantage dipilih sebagai kereta keselamatan manakala SUV pertama jenama British itu iaitu DBX pula akan dijadikan sebagai kereta perubatan dalam saingan tahun ini.
Seperti jentera lumba AMR21 milik pasukan Aston Martin Cognizant yang diperkenalkan baru-baru ini, kedua-dua kereta tersebut didatangkan dalam warna hijau Racing Green, dengan tambahan jalur Lime Essence pada ‘splitter’ hadapan.
Bagi memastikan ia dapat menggalas tugasnya dengan baik, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang memacu Vantage itu telah ditala bagi menghasilkan 535PS, menunjukkan peningkatan sebanyak 25PS berbanding versi standard. Tork kekal pada 685Nm, namun ia dikatakan kekal lebih lama di dalam julat rev.
Aspek aerodinamik kereta sport itu turut dinaik taraf bagi membolehkan ia menjana 155.6kg ‘downforce’ pada kelajuan 200km/j, iaitu 60kg lebih tinggi berbanding apa yang boleh dijana oleh Vantage standard pada kelajuan yang sama.
Turut dinaik taraf adalah sistem suspensi, stereng dan peredam, manakala kekukuhan struktur hadapan dipertingkatkan lagi menerusi penggunaan pendakap pada bahagian bawah badan.
Kereta perubatan DBX pula mempunyai 550PS dan 700Nm yang dibekalkan oleh enjin yang sama. Dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD), ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 291km/j.
Sebahagian besar modifikasi yang dilakukan tertumpu pada bahagian dalam, di mana kerusi standard digantikan dengan kerusi bucket dengan tali pinggang keledar enam poin. Kerusi tengah pada bahagian belakang pula dikeluarkan bagi memberikan ruang sekiranya pelumba perlu dibawa ke pit dengan segera.
Seperti Vantage, DBX ini juga dilengkapi dua skrin pada papan pemuka di mana siaran langsung perlumbaan dipaparkan. Selain itu, terdapat satu skrin tambahan yang digunakan untuk membaca data biometrik yang disampaikan menerusi teknologi yang terdapat pada sarung tangan pelumba.
Peminat boleh menyaksikan kemunculan sulung Vantage dan DBX ini semasa sesi ujian pra-musim yang akan diadakan di Bahrain dari 12 hingga 14 Mac depan, diikuti dengan pusingan pembuka tirai Formula 1 musim 2021 di litar yang sama dua minggu kemudian.
Kedua-dua jentera Aston Martin itu akan digunakan secara bergilir-gilir dengan kereta keselamatan Mercedes-AMG GT R dan kereta perubatan Mercedes-AMG C 63 S Estate yang sedia ada. Untuk musim kali ini, jentera-jentera dari Affalterbach itu diberikan skema warna merah baharu.
Erywan
Tue Mar 09 2021
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.