TEMPATAN
Buat Pertama Kalinya Dalam Formula 1, Aston Martin Dilantik Secara Rasmi Kereta Keselamatan Dan Perubatan
Buat pertama kalinya dalam sejarah Formula 1, Aston Martin dilantik sebagai pembekal rasmi kereta keselamatan dan kereta perubatan bagi kejohanan itu. Vantage dipilih sebagai kereta keselamatan manakala SUV pertama jenama British itu iaitu DBX pula akan dijadikan sebagai kereta perubatan dalam saingan tahun ini.
Seperti jentera lumba AMR21 milik pasukan Aston Martin Cognizant yang diperkenalkan baru-baru ini, kedua-dua kereta tersebut didatangkan dalam warna hijau Racing Green, dengan tambahan jalur Lime Essence pada ‘splitter’ hadapan.

Aspek aerodinamik kereta sport itu turut dinaik taraf bagi membolehkan ia menjana 155.6kg ‘downforce’ pada kelajuan 200km/j, iaitu 60kg lebih tinggi berbanding apa yang boleh dijana oleh Vantage standard pada kelajuan yang sama.

Kereta perubatan DBX pula mempunyai 550PS dan 700Nm yang dibekalkan oleh enjin yang sama. Dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD), ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 291km/j.

Seperti Vantage, DBX ini juga dilengkapi dua skrin pada papan pemuka di mana siaran langsung perlumbaan dipaparkan. Selain itu, terdapat satu skrin tambahan yang digunakan untuk membaca data biometrik yang disampaikan menerusi teknologi yang terdapat pada sarung tangan pelumba.

Kedua-dua jentera Aston Martin itu akan digunakan secara bergilir-gilir dengan kereta keselamatan Mercedes-AMG GT R dan kereta perubatan Mercedes-AMG C 63 S Estate yang sedia ada. Untuk musim kali ini, jentera-jentera dari Affalterbach itu diberikan skema warna merah baharu.

Must-Watch Video