Tempatan

Dapat Lampu Hijau, Marc Marquez Test RC213V-S di Catalunya

gempak
Erywan
19/03/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Dapat Lampu Hijau, Marc Marquez Test RC213V-S di Catalunya
Sebelum ini kita masih belum mengetahui status kesembuhan penuh lengan Marc Marquez dan bilakah dia akan kembali semula berlumba di litar.
Namun kemunculan pelumba yang digelar 'baby alien' itu bakal memberi harapan buat pasukan dan peminat tersenyum apabila peluang untuk dia berlumba kembali pada pembukaan musim MotoGP Qatar semakin cerah.
Situasi itu dilihat kepada semakin seriusnya Marc mempersiapkan diri yang mana terbaru juara dunia MotoGP 2019 berkenaan dilihat menunggang jentera R213V-S.
Kelibat itu menunjukkan bahawa pasukan doktor memberi lampu hijau untuk Marquez menunggang kembali bahkan jika dilihat menerusi laman Instagram miliknya dia sudah mula melakukan senaman angkat berat bagi menguatkan lengannya kembali.
Bintang Repsol Honda itu kembali turun ke trek Barcelona dengan RC213V-S, versi produksi massa MotoGP yang didapatkan di bawah aturan pengujian.
Sepertinya, Marc ingin memastikan bahwa keadaannya sihat selepas mendapat lampu hijau dari pasukan doktor dengan mengambil kira tulangnya yang sudah mengalami peningkatan yang cukup signifikan.
Menerusi imej yang dikongsikan pada laman instagramnya itu, menunjukkan petanda kemunculan Marc Marquez kembali berlumba semakin cerah selepas hampir setahun berehat susulan kecederaan berulang yang dihadapinya.
Bagaimanapun tiada keterangan lanjut yang mana Marquez hanya mengeluarkan kenyataan singkat menerusi kapsyen ringkas. Perlumbaan pertama Qatar bakal berlangsung pada 26 Mac ini dan status Marquez untuk turun berlumba masih belum lagi disahkan.
Bagaimanapun petunjuk yang pelumba muda itu bakal menerima vaksin Covid dari kerajaan Qatar mungkin menjadi petanda yang dia akan turun berlumba untuk pembukaan musim MotoGP (2021) ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live