Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Das WeltAuto iaitu program kenderaan terpakai global Volkswagen kepada pelanggan di negara ini.

Das WeltAuto yang turut memenangi anugerah sebelum ini disokong oleh pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan global oleh Volkswagen Group.



Semua model dan jenama diterima untuk tujuan tukar beli, malah pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan disahkan oleh Das WeltAuto yang melalui 133 poin pemeriksaan yang ketat dan menyeluruh. Pemeriksaan itu dijalan oleh dan disahkan oleh Juruteknik Kanan Volkswagen.

Pelanggan kenderaan Das WeltAuto bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan tepi jalan selama setahun. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun dan ke atas.



Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Das WeltAuto adalah satu penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai.

“Apa yang membuatkan Das WeltAuto berbeza dengan saluran jualan kereta terpakai ialah anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan terbaik sama seperti pengalaman membeli sebuah kereta baharu di pengedar yang anda yakini.

“Kakitangan berpengalaman akan memberikan khidmat nasihat terbaik dan telus. Semua ini ditawarkan oleh jenama yang boleh anda harapkan, lebih penting lagi, produk yang boleh anda percayai.“



Sebagai sebahagian daripada janji Das WeltAuto, hanya alat ganti tulen akan digunakan pada kereta terpakai itu. Pastinya, ia juga tidak pernah terbabit dalam kemalangan dan didatangkan lengkap dengan bukti penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen.

Buat masa ini, Das WeltAuto ditawarkan oleh empat pengedar Volkswagen membabitkan Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Alor Setar dan Volkswagen Juru.

Mereka yang berminat juga boleh melihat kenderaan yang ditawarkan di laman sesawang Das WeltAuto. Ia sentiasa dikemas kini, lengkap dengan maklumat terperinci dan pilihan sama ada untuk pertanyaan atau menempah sesi pandu uji.



Sementara itu, Das WeltAuto dilancarkan pada acara tahunan Volkswagen Fest 2019 kali ketiga yang berlangsung antara 30 Ogos sehingga 1 September di Setia City Convention Centre. Volkswagen Fest adalah satu acara yang meraikan segalanya tentang Volkswagen.

Pengunjung boleh memandu uji serta memanfaatkan pelbagai penjimatan hebat ke atas kereta baharu dan terpakai. Kereta baru dan klasik Volkswagen juga ada dipamerkan.

Kawasan trak makanan, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang cantik untuk foto di Instagram serta stesen permainan interaktif bagi seisi keluarga turut disediakan.



Jika anda hadir ke acara itu, ini tawaran menarik sempena Volkswagen Fest 2019: