Tempatan

Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif, Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi

gempak
Erywan
26/04/2021
04:13 MYT
Sponsor Banner
Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif,  Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi
Ferrari 812 Superfast, yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2017, bakal mempunyai model edisi terhad yang mempunyai rekaan lebih agresif dan talaan enjin lebih berkuasa. Nama rasmi model ini akan diumumkan semasa pelancarannya pada 5 Mei ini.
Walaupun sekilas pandang ia masih nampak seperti 812 Superfast versi standard, supercar ini sebenarnya lebih ringan menerusi penggunaan komponen-komponen gentian karbon pada bahagian luaran dan dalaman.
Satu elemen paling menonjol adalah bilah gentian karbon yang membuatkan ia kelihatan lebih lebar berbanding model asal. Ia juga mempunyai lubang ambilan udara dan ‘diffuser’ baharu, spoiler yang lebih tinggi serta panel aluminium dengan penjana vortex untuk menggantikan cermin belakang. Semua penambahbaikan ini membolehkan jentera ini menjana ‘downforce’ yang lebih tinggi.
Sementara itu, rekaan ruang dalamannya tidak jauh berbeza, kecuali panel pintu yang direka semula bagi tujuan mengurangkan berat. Turut disertakan adalah tema ‘H-gate’ pada bahagian konsol tengah untuk penampilan yang lebih sporty dan moden.
Di bawah hud, enjin aspirasi natural V12 bersesaran 6.5 liter kini menghasilkan 830PS dan mampu mencapai rev maksimum 9,500 rpm, menunjukkan peningkatan sebanyak 30PS dan 600rpm berbanding sebelum ini. Menurut Ferrari, pelbagai modifikasi sudah dilakukan pada enjin terbabit, termasuklah mereka semula komponen-komponen utama, serta menggunakan mekanisma pemasaan injap dan sistem ekzos baharu.
Bagi memastikan supercar ini masih boleh dikawal dengan baik, Ferrari turut menyertakan sistem stereng bebas pada keempat-empat roda dan versi terkini sistem dinamik kenderaan Side Slip Control 7.0.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live