Peminat Ford Ranger di beberapa pasaran di Eropah bakal berpeluang memiliki sebuah model edisi terhad yang dikenali sebagai Ranger Thunder. Terhad kepada 4,500 unit sahaja, model berkenaan hadir dengan enjin yang sama Ranger Raptor serta beberapa penambahbaikan visual.
Antara penambahbaikan itu adalah warna luaran Sea Grey serta kemasan Ebony Black pada jeriji hadapan, bampar ‘skid plate’, bar belakang dan pemegang pintu. Turut disertakan adalah perincian berwarna merah, logo Thunder tiga dimensi serta logo Ranger berwarna hitam matte pada bonet belakang.
Sementara itu, kemasan gelap pada lampu hadapan dan belakang, rim 18 inci serta penutup flatbed Black Mountain Top melengkapkan imej agresif Ranger Thunder.
Ruang kabin menampilkan tema garang yang sama dengan upholsteri kulit Ebony yang dipadankan dengan jahitan kontras berwarna merah pada tempat duduk, stereng dan panel instrumen. Karpet lantai berwarna hitam adalah ciri standard, begitu juga dengan pencahayaan merah pada bahagian ‘sill plate’.
Di bawah hud Ranger Thunder adalah enjin diesel EcoBlue 2.0-liter Bi-Turbo yang menjana 213PS dan 500Nm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik 10 kelajuan. Ia menampilkan nisbah yang luas dan penukaran gear secara adaptif bagi membolehkan perubahan mengikut situasi pemanduan.
Harga Ranger Thunder tidak dinyatakan, tetapi pelanggan boleh membuat tempahan bermula pertengahan tahun ini. Tahun 2019 adalah tahun paling cemerlang bagi Ranger di Eropah, dengan 52,500 unit terjual.
Erywan
Mon Jun 01 2020
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.
Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine
Erma Fatima mohon maaf.
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic. Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal. "Harap maklum