TEMPATAN
G&B Design Bikin G-Boss Ala Bumblebee
Jika Bumblebee dalam filem Transformers mahu bertukar model kereta sedan kepada SUV, G-Boss ini mungkin boleh menjadi inspirasinya.
Kit badan G-Boss ini sesuai untuk model Mercedes-Benz G-Class W463 dan ia produk kit badan terbaharu yang dihasilkan oleh G&B Design dari Jerman.

Ubah suai dilakukan lebih tertumpu kepada kepada bentuk bonet dan bampar hadapan yang labuh berbanding versi standard. Jeriji hadapan turut menjalani sedikit perubahan serta perumah lampu hadapan bahagian dalam warna gelap.

Bagi membuatkan tampak berbeza, G-Boss ini dilengkapi spoiler hujung bumbung belakang, sekali gus membuatkan nampak sporty.

Pada bahagian bumbung dalam, ia mempunyai lampu LED kecil dengan nampak seperti bintang serta turut disusun untuk perkataan G-Boss. Harganya, kit badan G-Boss itu bermula € 11,390 (RM55,781).

Must-Watch Video