Honda Malaysia kini membuka tempahan model Accord serba baharu di 100 pusat pengedarnya di seluruh negara.

Kenderaan segmen D itu dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini dengan banyak pembaharuan. Ia merangkumi dari segi prestasi, pengayaan dan rekaan premium, selain dilengkapi teknologi terkini serta ciri keselamatan terbaik.

Honda Accord 2020 akan menampilkan penggayaan badan fastback, dengan rekaan luaran yang tajam. Bumbungnya juga lebih rendah untuk penampilan lebih dinamik. Ciri lain adalah lampu depan dan belakang LED, ekzos berkembar krom dan rim aloi 18-inci.

Dari segi prestasinya, Honda Accord 2020 akan dikuasakan enjin turbo buat pertama kali, iaitu 1.5-liter VTEC Turbo. Enjin itu menjana 201hp dan 260Nm tork, iaitu lebih berkuasa dari 2.4-liter.

Enjin dengan Turbocharged itu, memberi kuasa tambahan dan tahap penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Pada masa sama, Honda menaik taraf Accord dengan pakej penuh Honda Sensing seperti model Accord facelift generasi sebelum ini yang diperkenalkan pada 2017.

Honda Sensing itu mempunyai tiga elemen:

Ciri keselamatan lain termasuklah Smart Parking Assist System dengan Brake Assist, Multi View Camera System, dan Honda LaneWatch. Sistem keselamatan standard adalah enam beg udara, VSA, ABS, EBD, ESS, Hill Start Assist dan pengesan undur belakang dengan kamera pelbagai sudut.

Buat masa ini, tiada pengumuman harga lagi dan kami akan maklumkan sekiranya mempunyai maklumat itu.