,
Tempatan

Honda CB650R dan CBR650R Keluaran 2021, Kini Dengan Fork Showa, Harga Bermula RM43,499

Erywan
17/02/2021
03:15 MYT
Boon Siew Honda mengumumkan ketibaan model facelift untuk CB650R dan CBR650R yang tampil dengan peningkatan dari segi ciri dan warna baharu.
Sejak tahun 2019, kedua-dua jentera itu menawarkan pilihan lebih segar kepada peminat motosikal berkuasa sederhana. Disasarkan kepada pelanggan muda, kombinasi enjin empat silinder, badan ringan dan versatil itu nyata diterima baik oleh pengguna.
(Honda CBR650R) Bagi model keluaran 2021, CB650R dan CBR650R menerima naik taraf suspensi untuk meningkatkan keselesaan, kebolehgunaan dan praktikal. Pembaharuan yang paling ketara adalah penggunaan fork USD Showa Separate Function Big Piston (SFF- BP) bersaiz 41mm. Suspensi berkualiti tinggi itu meningkatkan lagi keupayaan pengendaliannya.
Agihan tekanan dalam satu tiub fork dan mekanisma gegelung dalam satu lagi fork memberikan prestasi redaman lebih baik, selain lebih ringan. Ia juga menggunakan omboh lebih besar untuk memberikan rasa redaman dan kualiti kawalan terbaik. Motosikal itu kini didatangkan dengan soket USB di bawah tempat duduk, selain menggunakan paparan LCD yang lebih segar dengan penukaran sudut LED dan saiz tulisan.
(Honda CB650R) Prestasinya pula, ia dilengkapi enjin empat silinder berseseran 649cc DOHC 16 injap yang menyalurkan kuasa maksimum sehingga 94hp dengan tork setinggi 63Nm. Ia hadir bersama ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengekalkan cengkaman roda belakang. Tugas membrek diserahkan kepada sistem brek ABS dua saluran dengan cakera bersaiz 310mm di hadapan dan 240mm di belakang.
Dari segi warnanya pula, CB650R didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan hitam metalik. Manakala CBR650R pula menerima waran merah Grand Prix dan hitam metalik. Harga, CB650R dijual pada RM43,499 seunit, manakala RM45,499 untuk CBR650R tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran. Untuk melihat lebih dekat, anda boleh berkunjung ke cawangan Honda BigWing bermula 23 Februari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?
Unitar