TEMPATAN
Honda Civic Baharu Dengan Sentuhan Mugen
Selepas pelancaran Civic baharu, syarikat talaan Mugen tidak perlu menunggu lama untuk menghiasi kenderaan berkenaan untuk tampak lebih menarik.
Berdasarkan imej yang disiarkan dalam laman sesawang Mugen-Power.com, semalam, mereka bakal menawarkan beberapa kit badan untuk menaik taraf penampilan jentera berkenaan. Bagaimanapun, pengumuman rasmi berhubung kit badan itu akan dibuat pada 3 September ini.

Kit badan Mugen itu boleh dilihat pada skirt sisi, penambahan aksesori di bampar hadapan dan belakang. Ia juga didatangkan spoiler pada but belakang, visor tingkap dan pelindung pada cermin pandang sisi.

Bahagian dalaman pula, syarikat berkenaan akan menawarkan karpet kaki Mugen seperti yang ditawarkan kepada model Honda sebelum ini. Tempahan boleh dibuat selepas pengumuman rasminya pada bulan hadapan.
Must-Watch Video