Sekilas
- Aedy Ashraf menghargai doa dan pengorbanan ibu serta kakaknya yang dianggap sebagai punca utama kejayaannya.
- Pelakon itu menghadiahkan kereta mewah kepada ibu dan kakaknya sebagai tanda penghargaan dan berharap ia memberi keselesaan dalam kehidupan mereka.
- Aedy juga menegaskan bahawa pengorbanan seorang ibu, terutama semasa mengandung dan melahirkan anak, adalah sesuatu yang tidak ternilai dengan apa jua pemberian.
Pelakon, Aedy Ashraf menyifatkan segala kejayaan yang dikecapinya banyak didorong oleh doa dan pengorbanan ibu serta kakaknya.
Menurut Aedy atau nama lengkapnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi,33, pemberian kereta mewah itu tidak boleh dibandingkan dengan masa, doa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu serta kakaknya sepanjang membesarkan dan menyokong dirinya.
"Apa yang saya bagi sebagai hadiah untuk ibu dan kakak saya tu, it's nothing, nothing compared to apa yang mereka punya pengorbanan. Masa mereka, doa-doa mereka, to be specific. Dan bagi saya untuk saya berada dekat sini dengan apa yang saya ada, kejayaan saya alhamdulillah untuk setakat ini adalah 99 peratus doa mereka.
“Kakak saya sendiri korbankan masa dia dengan kawan-kawan tak keluar, just untuk jaga ibu saya, teman ibu saya dekat rumah. And I think that that's the biggest benda yang saya tahu saya tak pernah mampu bayar sampai bila-bila,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis Uniqlo Jeans Discover Jeans, Discover You” experience.
Pada masa sama, pengarah filem Tarung itu juga berharap hadiah berkenaan sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit keselesaan kepada ibu dan kakaknya untuk bergerak ke mana-mana, termasuk berjalan-jalan atau pulang ke kampung.
“Saya harap hadiah saya kepada mereka on my birthday akan memberi satu at least kesenangan sedikit untuk bergerak ke mana-mana, nak pergi jalan-jalan, nak balik kampung. And to be honest, kenapa saya pilih untuk hadiahkan ibu saya dengan kakak saya on my birthday, sebab bagi saya tanpa mereka, saya takkan lahir dekat dalam dunia ini.
“Tanpa ibu saya, saya takkan lahir dalam dunia ini. Dan membesar dengan kakak saya, mengenali dia dengan sejenis orang yang sangat-sangat penyayang, sangat-sangat hati besar. And I think it's a way of untuk tunjukkan cara saya appreciate mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aedy berkata, pengorbanan seorang ibu sememangnya tidak mampu dinilai dengan apa-apa bentuk pemberian.
Katanya, pengalaman seorang wanita mengandung selama sembilan bulan dan melahirkan anak merupakan antara pengorbanan terbesar yang dilakukan seorang ibu.
“I mean, a mother, kita tak perlu tahu pun pengorbanan dia sebesar mana pun, tapi kita tahu, you know, during nine months dekat dalam perut tu pun, itu adalah satu pengorbanan yang sangat-sangat besar untuk seorang perempuan melahirkan anak, and we all know that.
“Saya rasa I have the best sister in the world, sangat-sangat memahami, sangat-sangat supportive, sangat-sangat banyak mendoakan saya untuk kejayaan saya hari ini.
“Dan juga sebenarnya dia yang manage and handle all my accounts, tapi gaji dia saya bayar sikit je,” Seloroh Aedy.
Terdahulu, Aedy Ashraf menyorot perhatian netizen selepas menghadiahkan kereta buat ibu dan kakaknya sempena ulang tahunnya yang ke-33.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads, Aedy berkata kereta berjenama iCaur itu adalah buat insan paling banyak berkorban buat dirinya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang turut membanjiri ruang komen dengan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan kesejahteraan dan kejayaan berterusan buat pelakon berkenaan.