Honda Perkenalkan S660 Naik Taraf di Tokyo Auto Salon
Erywan
16/01/2020 05:09 MYT
16/01/2020 05:09 MYT
Honda memperkenalkan roadster versi naik taraf S660 pada Pameran Tokyo Auto Salon sebagai model kereta tahun 2020.
Dua versi kei car itu iaitu model standard dan Modulo X masing-masing menerima penambahbaikan peralatan serta gayaan kosmetik lebih segar.
Warna bahagian luar kereta dengan dua tempat duduk itu kini disamakan dengan tiang A. Sebelum ini, tiang A berwarna hitam dan berbeza dengan warna badan Honda S660.
Honda turut menawarkan rim aluminium rekaan baharu dan satu lagi warna pilihan terkini iaitu Active Green Pearl.
Selain itu, S660 juga menerima lampu LED DRL dalam posisi menegak pada bampar depan, lampu utama dan belakang jenis smoke serta gril baharu.
Bagi S660 2020 standard, ia menerima tambahan keselesaan dengan adanya ciri memanaskan kerusi dan ruang kabin lebih sporty hasil penggunaan material Alcantara pada stereng dan tombol gear. Ada juga penggunaan material kulit dalam kabin.
Varian tertinggi iaitu Honda S660 Modulo X pula mendapat tambahan pilihan warna baharu iaitu Carnival Yellow II, rim aloi berwarna hitam dan perumah cermin sisi berwarna hitam.
Ruang dalaman pula membabitkan penggunaan Alcantara dan kulit pada roda stereng dan beberapa bahagian lain. Ruang dalaman kini dwi tona berbanding asal, hitam sepenuhnya.
Tiada pembaharuan dibuat membabitkan enjin atau kotak gear. Ini bermaksud Honda S660 yang menggunakan enjin petrol tiga silinder 660cc menjana kuasa 63hp dengan tork puncak 104Nm.
Pelanggan ada pilihan sama ada mahu menggunakan kotak gear enam kelajuan manual atau transmisi CVT. Harga bagi model naik taraf S660 dan S660 Modulo X masing-masing bermula dari 2,031,700 yen (AS$18,535) dan 3,042,600 yen (AS$27,755).
Malangnya, kereta ini hanya khas untuk pelanggan di Jepun. Honda belum ada rancangan untuk bawa S660 ke pasaran lain.