Tempatan

Ini 4 Tanda Palam Pencucuh Kenderaan Anda Perlu Ditukar

gempak
Erywan
02/09/2021
08:55 MYT
Sponsor Banner
Ini 4 Tanda Palam Pencucuh Kenderaan Anda Perlu Ditukar
Boleh dikatakan palam pencucuh adalah jantung pada kereta, jika rosak atau lemah, pastinya kenderaan agak sukar untuk anda menghidupkan enjin. Jadi, adalah penting untuk anda memeriksa komponen ini dan bagi mengetahui tanda-tanda ia perlu diganti.
Ini tanda-tanda palam pencucuh yang perlu ditukar dengan perhatikan gejala di bawah:
1. Terganggu Ketika Idle ldle atau melahu adalah keadaan enjin dihidupkan namun kereta tidak bergerak. Pada situasi ini pusingan enjin tidak sempurna dan gegaran yang tidak normal. Terasa berat ketika pedal minyak dipijak juga menunjukkan palam pencucuh perlu diganti.
2. Susah Hidup Ketika mahu menghidupkan enjin keadaannya tidak seperti biasa seolah sukar dihidupkan. Ini kemungkinan ada kaitan dengan palam pencucuh kerana komponen itu menyalakan percikan api sebagai pemicu untuk enjin hidup. Jika palam pencucuh sudah haus atau rosak lebih baik menggantikan dengan baharu. Jika hanya kotor cukup dibersihkan saja.
3. Warna Jadi Gelap Warna palam pencucuh awalnya bersih dan menjadi gelap disebabkan oleh proses pembakaran pada ruangan bahan bakar yang kurang sempurna yang menyisakan butiran-butiran halus seperti arang pada bahagian elektrod dan hujung. Hal ini juga menjadi penyebab asap berwarna hitam dan kadang kala sukar memanaskan enjin ketika dalam keadaan keadaan sejuk.
4. Perhatikan Perubahan Warna Untuk anda yang ingin mengetahui kerosakan palam pencucuh, ia boleh dilakukan dengan cara melihat warna komponen ini. Apabila berubah warna menjadi kecoklatan, ini menandakan bahawa jangka hayat palam pencucuh hampir tamat dan harus segera diganti. Jika warna palam pencucuh kemerahan atau kekuningan menandakan enjin panas secara berlebihan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024