TEMPATAN
Ini Sebab Kenapa Suzuki Tak Nak Pakai Supercaj Pada Hayabusa
Awal bulan lalu, Suzuki secara rasmi memperkenalkan model legenda Suzuki Hayabusa (2021). Selepas 13 tahun generasi ketiga Hayabusa itu menerima pembaharuan menyeluruh namun masih lagi mengekalkan DNA reka bentuk terdahulu yang menjadi signatur superbike terbabit.
Suzuki Hayabusa menggunakan enjin empat lejang 6-silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair dan sistem elektronik ride-by-wire. Patuh regulasi Euro 5 enjin lama bersesaran 1340cc itu menghasilkan kuasa 187.7hp dan tork 150Nm dengan kelajuan maksimum 300km/j.

Sedangkan pesaingnya sudah menggunakan teknologi supercaj pada produk mereka, Suzuki masih lagi menggunakan enjin lama. Ia bukan satu masalah, seperti kita tahu Suzuki lebih maju selangkah ke depan dalam tawaran teknologi.

Seperti kita tahu superbike itu pernah digelar sebagai motor terpantas dunia. Suzuki mendakwa lebih dari 500 komponen diubah dan hanya sedikit komponen yang tersisa dari Hayabusa sebelumnya.
Hanya frem hampir sama dengan beberapa rombakan disesuaikan dengan enjin terkini yang mendapat banyak pembaharuan. Semua disatukan dalam pakej yang menjadikan motosikal lebih kencang berbanding enjin sebelumnya. Ini kerana pembedahan dilakukan dalam segala sektor khususnya elektronik.
Namun satu poin yang membuat kita bertanya, kenapa Suzuki tidak menggunakan supercaj sebagai jalan pintas mengawal kuasa?

"Akhirnya kami juga reviu seluruh komponen dari rod connecting termasuklah peralatan elektronik yang menjadi fokus utama kami. Hayabusa baharu perlu ada kuasa rpm rendah, medium dan tinggi. Bagaimana membuat mesin lebih tepat dalam segala poin termasuk bukaan injap yang kini mendekati 1/1000 saat. Kami rasa ini adalah luar biasa.

Kemudian bahagian enjin masih lagi menggunakan gerek, lejang dan nisbah mampatan yang sama. Namun banyak komponen yang berubah.

Untuk casis, Suzuki tetap percaya pada kerangka twin spar aluminium namun penstrukturan baharu dibuat lebih ringan. Mereka mengemas kini bahagian sub frem sehingga mendapatkan berat lebih ringan 0.68kg berbanding generasi sebelumnya. Ini adalah pengurangan yang sedikit.
Must-Watch Video