Tempatan

Kenali 5 Ciri Baharu Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD Dipertingkatkan, Harga Bermula RM113,954

gempak
Erywan
30/08/2021
03:30 MYT
Sponsor Banner
Kenali 5 Ciri Baharu Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD Dipertingkatkan, Harga Bermula RM113,954
Honda Malaysia menaik taraf HR-V Sport Hybrid i-DCD dengan beberapa ciri baharu untuk meningkatkan penampilannya supaya lebih segar.
HR-V adalah kenderaan bukan nasional yang popular di negara ini dengan 71 peratus penguasaan pasaran dalam segmen berkenaan.
Perubahan baharu yang boleh dilihat membabitkan:
Luaran
  1. Lampu utama hadapan dan belakang LED
  2. Lambu kabus LED
  3. Pemegang pintu krom
Dalaman
  1. Paparan audio 7 inci yang boleh digunakan untuk Apple CarPlay dan Android Auto
  2. Roda stereng balutan Kulit.
Dari segi prestasinya, ia masih menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digabungkan transmisi 7 kelajuan DCT dan Integrated High Power Motor.
Kuasa yang disalurkan itu menyamai enjin 2.0 liter dengan responsif lebih pantas dan memberi pemanduan menarik.
Dari segi harga, ia dijual pada RM113,954.82 dan pelanggan boleh membuat pratempahan menerusi prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live