TEMPATAN
Kenapa Perlu Tampal Pelekat Di Cermin Belakang, Ini Sebabnya
Jika melihat beberapa pelekat pada cermin belakang kereta, pastinya timbul pelbagai persoalan yang bermain di minda anda.
Lebih-lebih jika suku daripada cermin kereta ditutupi dengan pelbagai corak pelekat dan ia sebenarnya mempunyai maksud yang tertentu.
Ahli Exora Owner Club Malaysia (EOCM) yang mahu dikenali Sebagai Jeff PC berkata, pelekat pada cermin belakang itu mempunyai nilai yang tersendiri.

“Setiap aktiviti yang dilakukan, biasanya penganjur akan menyediakan pelekat sebagai cenderahati. Jadi jika ada yang mahu membuktikan individu itu menyertainya, dia akan menampalkannya pada kenderaan dan kebiasaan ditampal pada cermin belakang.
“Banyak pelekat pada cermin kereta bukan menunjukkan ia ‘orang lama’ dalam kelab berkenaan. Ramai juga rakan-rakan saya yang sudah lama menyertai kelab EOCM tidak menampal pelekat pada cermin belakang, kecuali pelekat nombor keahlian sahaja” katanya.

“Biarpun begitu, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab atau komuniti kecil ini memberi kelebihan yang berbeza, namun apa yang boleh dimanfaatkan adalah mahu mencari kawan.
“Jika ada aktiviti yang dianjurkan, kami pasti akan bertemu kawan baru dan ia akan mewujudkan komuniti sihat dalam sebuah kelab itu,” katanya.

Menurutnya, ia bukan sahaja boleh membahayakan anda, tetapi boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Dia juga menasihatkan sesiapa mahu menyertai kelab-kelab kereta, pastikan ia sudah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi mengelakkan perlanggaran undang-undang yang ditetapkan.
Must-Watch Video