Skip to main content

Selebriti

Son Ye Jin Kagum Lihat Suami Isteri Pandai Imbangkan Kerjaya & Anak - “Mungkin Macam Perkara Kecil Tapi…”

Son Ye Jin Kagum Lihat Suami Isteri Pandai Imbangkan Kerjaya & Anak - “Mungkin Macam Perkara Kecil Tapi…”

Sekilas

  • Pelakon Korea Selatan Son Ye Jin kagum dengan pasangan yang berjaya mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab menjaga anak.
  • Ye Jin berkongsi pengalaman menjadi ibu yang memerlukan perhatian berterusan terhadap keperluan anak walaupun ketika sibuk bekerja.
  • Dia kini menikmati fasa membesarkan anaknya yang berusia empat tahun selepas tempoh sukar ketika anak berusia dua hingga tiga tahun.
Advertisement

Pelakon terkenal Korea Selatan, Son Ye Jin mengakui kagum dengan pasangan suami isteri yang mampu mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab dalam membesarkan anak.

Menurut Ye Jin, bergelar ibu bukanlah sekadar menguruskan anak secara fizikal, sebaliknya memerlukan seseorang sentiasa memikirkan pelbagai perkara berkaitan keperluan mereka.

Advertisement

“Saya benar-benar menghormati semua orang yang mengimbangi penjagaan anak dan kerja. Saya pernah membaca sesuatu yang mengatakan seorang ibu perlu sentiasa memastikan fikirannya berjalan untuk anak walaupun ketika tidak sedang menguruskan mereka.

"Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil, tetapi ada begitu banyak perkara yang perlu difikirkan, daripada lauk yang perlu disediakan, jumlah lampin yang masih ada, apa yang terdapat di dalam peti sejuk sehinggalah keperluan anak untuk ke tadika.

“Kerja sahaja sudah cukup membuatkan seseorang berasa terbeban kerana sentiasa memikirkannya, tetapi pada masa sama perlu menggunakan fikiran untuk menjaga anak.

Advertisement

“Ada masanya perkara itu terasa sangat berat. Sebab itu menjadi seorang ibu bukan sesuatu yang mudah,” katanya dalam satu temu bual bersama media sempena siri Netflix terbaharu lakonannya berjudul The Scandal.

Bagaimanapun kata Ye Jin, keadaan mula menjadi lebih mudah selepas anaknya kini mencecah usia empat tahun.

Malah kata Ye Jin, dia juga sedang menikmati perjalanan indah sebagai seorang ibu.

“Sekarang selepas membesarkannya sehingga berusia empat tahun, semuanya sudah okay. Tempoh yang paling sukar adalah ketika dia berusia sekitar dua atau tiga tahun.

“Sekarang kami sudah boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan dia juga faham apabila dimarahi.

“Saya bersyukur kerana dia bukan jenis kanak-kanak yang sering mengamuk,” ujarnya.

Son Ye Jin mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Hyun Bin pada Mac 2022 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada November tahun yang sama.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement