Kia menyiarkan beberapa gambar awal untuk sedan terbarunya iaitu K8. Ia akan menggantikan model sedan terdahulu iaitu K7, yang turut dikenali sebagai Cadenza di beberapa pasaran termasuk Amerika Syarikat.
K8 adalah model pertama yang akan menampilkan lencana kontemporari terbaharu Kia, berikutan penjenamaan semula syarikat itu pada Januari tahun ini. Ia juga akan menjadi peneraju kepada hala tuju dan identiti reka bentuk baharu pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu.
Menurut Kia, K8 akan diketengahkan sebagai sedan moden dengan karakteristik yang sporty. Bahagian hadapannya didominasi oleh jeriji ‘hidung harimau’ tanpa bingkai yang disatukan dengan bampar bagi menghasilkan imej yang lebih kemas dan premium. Jeriji terbabit mempunyai kemasan bermotifkan berlian yang direka untuk mengekspresikan pergerakan cahaya.
Ia diapit oleh sepasang lampu utama yang diberikan rekaan lebih langsing. Apa yang menarik, perumah lampu berkenaan turut merangkumi lampu isyarat membelok yang mempunyai grafik menyerupai gugusan bintang.
K8 mempunyai profil sisi fastback dengan bahagian but yang agak pendek. Bentuk ini diserlahkan lagi dengan kehadiran garisan karakter dinamik pada bahagian atas dan jalur krom pada bahagian bawah. Kedua-dua elemen ini merentasi sepanjang bahagian sisi badan dan bersambung dengan lampu belakang yang berbentuk Y.
Setakat ini, Kia masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal terperinci mengenai model ini, kecuali ukuran panjang keseluruhannya iaitu 5,015mm. Ini bermakna ia lebih panjang sedikit jika dibandingkan dengan K7. Walaupun masih tiada gambar, ruang dalamannya dikatakan jauh lebih moden dan lengkap, dengan keselesaan ergonomik ‘kelas pertama’.
Erywan
Fri Feb 19 2021


#OhDaebak: "Yang Ini Pun Hish!" - Bae Ro Na Pula Yang Buat Ramai Geram, Tapi Kenapa?
Memang mengundang watak Bae Ro Na ni.

Oh No! eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini? Netizen Sedih, Dah Mula Kongsi Kenangan
Sedihnya, banyak kenangan dengan eCurve ni.

PKP Hampir Setahun PM Zahir Kerinduan Nak Jumpa Rakyat, Seru Ambil Vaksin COVID 19
kes COVID 19 di negara masih tinggi

“Dia Belum Kenal Erti Saman, Tunggu!”- Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube
Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube

COVID-19: 2,437 Kes Dan 9 Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Dilaporkan
Sembilan kluster tempat kerja dilaporkan.

#FoodiesLife: Dunia Kulinari Jadi Pilihan, Sherson, Anis Nabilah & Nik Michael Antara Cef Selebriti Popular
Siapa pilihan korang?

Adakan Konsert Maya, Wah Haqiem Rusli Bakal Nyanyi Lagu Tok Ti Lah! Ini Judulnya
Tak sabarnya nak dengar Haqiem menyanyi lagu Tok Ti.

“Vaksin Sinovac Selamat, Berkesan Dan Halal” - Duta China
Ini penjelasan vaksin Sinovac.

“Doakan Yang Baik-Baik” - Alhamdulillah, Aishah Azman Kini Berhijab, Padam Foto Nampak Aurat
Selepas penyanyi Intan Sarafina dan pelakon Hannah Delisha, kini Aishah Azman pula tampil berhijab.

Tak Pantang Makan Atau Minum Ais, Ini Rahsia Pemilik Suara Karakter Didi Maintain Suara Cute!
Dari umur 8 tahun sampai sekarang dah 14 tahun, macam mana adik Nurin jaga suara ya?