Personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat, Kim Kardashian mempamerkan Lamborghini Urus yang dibaluti SUV berkenaan dengan fabrik berbulu di laman sosial miliknya.

Perbuatannya itu difahamkan adalah untuk mempromosi produk pakaian wanita baharu iaitu SKIMS yang menggunakan material baharu seperti dibaluti Lamborghini Urus berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga turut memakai pakaian yang dibuat fabrik sama dengan material membaluti kenderaan berkenaan.


Gambar dan video yang dikongsikan dalam Instagram itu menerima lebih 4 juta ‘like’ dan lebih 30,000 komen dengan ada memujinya dan juga mengecamnya. Biasalah netizen!

Namun, ada peminatnya menyamakan kenderaan itu sama seperti jentera 'Dog Van' yang digunakan dalam filem komedi Dumb and Dumber yang dibintangi oleh Jim Carrey dan Jeff Daniels.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, boleh dikatakan semua bahagian luaran SUV itu dibaluti dengan fabrik berbulu putih itu kecuali lampu, tayar serta cermin.


Bahagian dalamannya juga, semuanya dibaluti fabrik yang sama termasuk tempat duduk, papan pemuka, panel pintu dan banyak lagi kecuali meter kelajuan serta konsul tengah.

Buat pengetahuan anda, SUV lima-tempat duduk itu menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo-berkembar yang menyalurkan 650PS dengan tork setinggi 850 Nm.

Urus mampu mencatatkan prestasi pacuan dari 0-100 km/j dalam 3.6 saat dan kelajuan maksimum mencecah 305 km/j. Dari kelajuan 100 km/j, Urus boleh berhenti sepenuhnya dalam jarak 33.7 meter.

Sumber: Instagram Kimkardashian